Soalan Lazim

  1. Apakah Sistem e-Aduan UiTM?

    Sistem e-Aduan UiTM merupakan saluran aduan rasmi yang merekodkan dan memberi maklum balas aduan daripada warga UiTM dan juga orang awam.

  2. Bagaimanakah menggunakan Sistem e-Aduan UiTM?

    Untuk menggunakan Sistem e-Aduan UiTM, pengguna perlu log masuk dengan akaun Google (GMail) melalui menu log masuk. Selepas itu, pengguna boleh terus mengisi butiran aduan di borang "Aduan Baru".

  3. Apakah kategori aduan yang boleh diadukan kepada Sistem e-Aduan UiTM?

    Kategori aduan adalah mengikut Audit Nilai SPAN 2.0 merangkumi:

    • Tindakan Tidak Adil
    • Salah laku Anggota Awam
    • Kegagalan Penguatkuasaan
    • Kekurangan Kemudahan Awam
    • Kelewatan atau Tiada Tindakan
    • Salah Guna Kuasa/ Penyelewengan
    • Pelbagai Aduan (Selain kategori di atas)
    • Kegagalan Mengikut Prosedur yang Ditetapkan
    • Kepincangan Pelaksanaan Dasar dan Kelemahan Undang-undang
    • Kualiti Perkhidmatan yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter dan Telefon

  4. Apakah tatacara ringkas untuk membuat aduan?

    Berikut adalah tatacara ringkas yang diperlukan:

    • Kenal Pasti Isu/Aduan
      Pastikan perkara yang ingin diadukan adalah berkaitan dengan perkhidmatan, fasiliti, staf, atau isu berkaitan tatakelola universiti.
    • Lengkapkan Profil Pengguna
      • Nama Penuh
      • No. Telefon
    • Lengkapkan Maklumat Aduan
      • Pilih Kategori Aduan dengan betul
      • Jabatan / Fakulti / Kampus Cawangan Berkenaan (sekiranya pegadu memilih ‘Tidak Pasti’, aduan akan dihantar ke Pejabat Komunikasi Strategik untuk diproses)
    • Lengkapkan Aduan
      Nyatakan Maklumat Aduan Secara Jelas
      • Tajuk Aduan
      • Tarikh dan masa kejadian
      • Lokasi kejadian
      • Pihak atau individu yang terlibat (jika diketahui)
      • Kronologi ringkas dan fakta sebenar
      • Lampiran bukti (jika ada – gambar, tangkap layar, dokumen)
    • Etika dan Bahasa yang Sesuai
      • Gunakan bahasa yang sopan dan profesional.
      • Elakkan tuduhan tanpa bukti, kata kesat, atau maklumat palsu.
    • Pantau Status Aduan
      • Log masuk semula ke Sistem e-Aduan UiTM untuk melihat status terkini.
      • Aduan akan diuruskan secara berperingkat dan tertakluk kepada prosedur dalaman universiti.

  5. Berapakah tempoh maklum balas terhadap sesuatu aduan?

    Tempoh maklum balas aduan adalah dalam masa 15 hari bekerja mengikut Pekeliling AM Bilangan 2 Tahun 2022 : Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam bagi Aduan Biasa. Manakala aduan kategori kompleks adalah sehingga 365 hari. Penentuan aduan kategori biasa dan kompleks adalah berdasarkan kepada butiran kes yang diterima.

  6. Dalam situasi kecemasan, adakah terdapat nombor telefon Polis Bantuan UiTM yang boleh dihubungi?

    Ya, berikut adalah senarai nombor telefon Polis Bantuan yang boleh dihubungi 24 jam bagi sebarang kecemasan atau pertanyaan.


MAKLUMAT NOMBOR TELEFON KECEMASAN 24 JAM
POLIS BANTUAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

NEGERI KAMPUS NO. TELEFON KECEMASAN (24 JAM)
IPPB SHAH ALAM 03-55442157 / 3999
SELANGOR PUNCAK ALAM 03-32584444
PUNCAK PERDANA 03-79622399
DENGKIL 03-89245551
SG. BULOH, SELAYANG, T.INTAN 03-61267474
HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH 03-33963100
NEGERI SEMBILAN KUALA PILAH 06-4832284
SEREMBAN 06-6342874
REMBAU 06-6982305
MELAKA ALOR GAJAH 06-5582067
BANDARAYA MELAKA 06-2857160
JASIN 06-2645470
JOHOR SEGAMAT 07-9352255
PASIR GUDANG 07-3817902
PERAK SERI ISKANDAR 05-3742130
TAPAH 05-4067791 / 7790
PULAU PINANG PERMATANG PAUH 04-3823020
BERTAM 04-5623400
KEDAH SUNGAI PETANI 04-4562201 / 2200
PERLIS ARAU 04-9882222
PAHANG JENGKA 09-4602444
RAUB 09-3515600 / 5603
TERENGGANU DUNGUN 09-8400121
BUKIT BESI (Sedang dikemaskini)
KUALA TERENGGANU (Sedang dikemaskini)
KELANTAN MACHANG 09-9762038
KOTA BHARU 09-7417791
SABAH SAMARAHAN 1 08-2677245
SAMARAHAN 2 08-2678199
MUKAH 08-4867243
ILD UiTM BANDAR ENSTEK, N. SEMBILAN 06-7580267
KAMPUNG GAJAH, PERAK 05-3616299